Kajian kes Nyahranjau

Sepanjang perbatasan China-Vietnam terdapat sejumlah besar periuk api. Ini adalah peninggalan dari pertelingkahan sempadan pada tahun 80-an. Periuk api ini kebanyakkannya anti-peribadi, dan mengekalkan sebahagian besar tanah subr dari digunakan oleh petani tempatan. proses biasa nyah ranjau yang digunakan oleh China adalah seperti berikut. Penahan api digali di sekeliling medan periuk api yang akan dibersihkan. Kemudian jurutera akan membakar medan periuk api menggunakan penyembur api. Faktor utama bagi proses pembakaran ini adalah tumbuhan tebal melitupi medan periuk api; kebanyakan periuk api anti peribadi di tanam berhampiran dengan permukaan tanah; kebanyakannya periuk api itu diperbuat daripada kayu, logam nipis atau plastik. Proses pembakaran ini biasanya akan memusnahkan sekitar 90% daripada periuk api, kerana periuk api ini samaada meletup ataupun cair. Periuk api yang memiliki wayar pencetus akan terbakar wayarnya. Pasukan nyah ranjau kemudian akan membajak kawasan tersebut dengan pengesan periuk api. Apabila pasukan ini telah membersihkan periuk api, mereka akan berjalan melalui medan periuk api sambil berpegangan tangan bagi membuktikan kepada orang tempatan bahawa ke semua periuk api telah dibersihkan.[20]